You will be redirected to the brand new blog in 5 seconds...

Please wait...

Friday, March 18, 2011

0

Mengapa Tenaga Nuklear Bagus Digunakan

  • Friday, March 18, 2011
  • ZerOne01
  • Share
  • Kebanyakan rakyat Malaysia memandang negatif tentang perkara ini terutamanya apabila mendengar desas-desus bahawa kerajaan kita mahu membina loji nuklear dan seumpamanya jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menulis entri dalam Bahasa Malaysia. Sikap rakyat Malaysia yang terlalu sensitif membawa kepada kemunduran negara. Pergi saja ke papan-papan forum dan jaringan komuniti, apabila seseorang atau satu pihak berkata tentang pembinaan loji nuklear dan perkara yang berkaitan dengannya, pasti ada komen-komen yang memandang rendah perkara ini. Mari lihat contoh yang saya jumpa di satu jaringan komuniti terkenal 'Facebook'.



    Anda lihat sendiri betapa mudahnya rakyat Malaysia menilai kepentingan tenaga nuklear di Malaysia. Pemikiran seperti inilah yang menyebabkan kita takut untuk mengambil langkah walaupun setapak kehadapan.


    Mengapa Tenaga Nuklear Bagus Digunakan?

    Secara umumnya, manusia memerlukan sumber tenaga untuk hidup. Kita memerlukan tenaga untuk cahaya, haba, kenderaan dan seumpamanya. Pada masa sekarang, tenaga yang paling banyak digunakan ialah apa yang dikenali sebagai gas asli atau fossil fuel yang kita bakar untuk mendapatkan tenaga. Malangnya, penggunaan fossil fuel ini membawa kepada pencemaran dan pemanasan global.

    Oleh itu kita perlu bertindak bijak menukar tabiat kita dengan menukar sumber tenaga kepada sesuatu yang kurang merosakkan alam sekitar. Ada juga yang mencadangkan kita menggunapakai sumber tenaga seperti solar dan angin tetapi sumber itu terlalu mahal, tidak konsisten dan menggunakan ruang yang besar untuk dibina. Tiada yang sempurna, tetapi kita perlu bijak membuat keputusan dengan akal dan bukan perasaan.

    Tenaga nuklear mungkin merupakan satu idea yang tidak ideal tetapi terbaik yang wujud di muka bumi ini. Tenaga nuklear selalunya dipandang rendah sebagai membawa kepada kemusnahan jangka panjang tetapi kemalangan melibatkan letupan janakuasa tenaga nuklear berlaku hanya beberapa kali, dan kita boleh mengklasifikasikannya sebagai kes terpencil. Bahkan, apabila kita menggunakan tenaga ini dengan baik, tenaga nuklear boleh menjadi tenaga yang sangat bagus dan tidak menyebabkan pencemaran udara.

    Mari kita lihat mengapa secara umumnya tenaga nuklear dikatakan bagus digunakan berbanding tenaga lain.
    • Tenaga nuklear sangat bersih dibandingkan dengan tenaga lain.
    • Tenaga nuklear boleh dihasilkan dengan selamat dan semakin selamat.
    • Tenaga nuklear boleh dihasilkan dengan murah. Kos pembinaannya menelan belanja yang sangat tinggi, tetapi sangat menjimatkan dalam jangka masa panjang berbanding gas asli.
    • Ia juga merupakan cara terbaik untuk menyimpan tenaga radioaktif yang dihasilkan.
    • Ia juga dikatakan lebih konsisten daripada sumber tenaga seperti matahari dan angin.
    • Tenaga nuklear juga lebih mesra alam.
    Mungkin para pembaca sekalian mahu membaca sumber yang lebih menarik dan spesifik lagi berkenaan dengan sumber tenaga nuklear ini. Rajin-rajinkanlah mencari artikel yang berkaitan seperti ini, ini, ini, ini, ini dan ini. Setiap perkara di dunia ini mempunyai kelebihan dan keburukan, cuma apa yang diperlukan ialah keberanian dan tekad.


    Some persons are very decisive when it comes to avoiding decisions.  
    ~Brendan Francis

    0 Responses to “Mengapa Tenaga Nuklear Bagus Digunakan”

    Post a Comment

    Subscribe